Friday, April 2, 2010

Perbezaan Autoresponder Aweber dan Trafficwave.

1. Di Aweber, semakin ramai subscriber yuran bulanan semakin naik. Kalau mula2 mereka kenakan bayaran $20 sebulan, bila bilangan subscribers kita tinggi mereka pun naikkan harga dari $20 ke $30 ke $40 ke $50.... ikut suka2 je dia naikkan, itu yang marah sikit tu. Saya risau kalau subscriber saya baru nak berjinak dengan dunia internet, dan mereka dapat kumpul subscriber yang ramai tetapi masih belum berjaya buat sales, kan dah menjadi beban untuk mereka jika yuran tersebut semakin naik.

2. Di aweber, link url kita tidak mengikut username kita. Kalau kita promote link url kita, walau pun ada nama kita, tetapi bila orang lain klik, username kita akan hilang. Ramai yang register aweber melalui link saya, bila saya check, mereka bukan downline saya, tetapi downline kompani. Bila saya tanya manager mereka, mereka menjawab ini disebabkan orang tak delete cookies. Bila saya tanya apa nak buat, mereka suruh saya beritahu siapa yang dah join tapi tak bawah downline saya. Saya kata kalau sorang dua, bolehlah saya tahu, tapi kalau ramai, macamana saya nak tahu. Mereka menjawab itu adat perniagaan. Saya jawab itu bukan adat perniagaan. Itu menipu namanya, kita penat2 promote autoresponder mereka, tetapi hanya disebabkan ada sebahagian yang register tetapi terlupa nak delete cookies, dah terlepas kepada company. Bagi saya tak masuk akal dan tak menghargai penat lelah kita buat promosi untuk mereka.

3. Trafficwave, berapa ramai sekali pun subscriber, yurannya hanya $18 tak akan naik2 lagi.

3. Trafficwave, menggunakan matrik spillover 3x10, maknanya ada kemungkinan upline akan dapatkan downline untuk kita didalam program affiliate mereka. Syarat untuk layak dapat komisyen kita kena promote paling kurang seorang sahaja menyertai Trafficwave secara berbayar, bukan yang register free 30 hari. Maknanya Trafficewave bayar sampai 10 level, tapi aweber bayar hanya 1 level sahaja.

4. Di Trafficwave, kalau bawah kita dah penuh 3 orang, sama ada kita yang sponsor atau upline kita yang bagi secara automatik, maka kita boleh suruh TW ambil yuran bulanan sebanyak $18 dari komisyen kita tersebut, maka kita pakai TW Autoresponder sampai bila-bila secara percuma. Di aweber, walaupun komisyen tinggi, tapi mereka tetap potong dari kredit kad kita.

5. Di Trafficwave, (jika anda sudah menjadi pengguna berbayar, bukan yang free) jika ada orang join bawah anda secara berbayar terus, TW akan beri komisen 100% kepada anda, maknnya anda akan dapat terus $18 tersebut dan dibayar melalui cek dalam tempoh 2 minggu. Dan bonus ini dibayar setiap minggu. Maka tiap2 minggulah anda akan dapat upah, jika rajin mempromosikannya. Di Aweber tiada bonus mingguan.

6. Trafficwave ada bonus leadership, aweber tak ada.

Anda boleh ikuti Tutorial Trafficwave disini

TrafficWave.net Training Videos

Saturday, February 6, 2010

Artikel: Bagaimana Untuk Mengetahui Keberkesanan Promosi Produk Anda?

Bagaimana Untuk Mengetahui Keberkesanan Promosi Produk Anda?
oleh Zamri Nanyan

Kadang-kadang anda akan terserempak dengan statistik yang dikeluarkan
oleh usahawan internet tentang berapa peratusan pembeli daripada hasil
promosi mereka, berapa peratusan orang yang melihat iklan dan berapa
peratusan yang membuka email yang dihantar kepada orang ramai.

Sebagai contoh, 3% daripada orang yang melihat iklan anda akan menjadi
pelanggan tetap anda, dan setiap pelanggan ini akan memberikan pulangan
sebanyak RM100 setiap bulan. Jadi, jika anda memaparkan iklan ini kepada
100 orang, secara statistiknya, 3 orang akan membeli produk anda dan anda
akan mendapat pulangan RM300. Jika anda ingin mencapai matlamat
pendapatan bulanan sebanyan RM3000, anda perlu ada 30 orang pembeli.
Untuk mendapatkan 30 orang pembeli, maka iklan anda perlu dipaparkan
kepada 1000 prospek.

Inilah salah satu cara bagaimana usahawan internet melakukan pengesanan
(atau ‘tracking’) ke atas aktiviti pengiklanan atau pemasaran mereka.
Disebabkan terlalu banyak cara pemasaran di internet, anda mungkin
melakukan kebanyakan daripada aktiviti pemasaran yang anda tahu - seperti
membeli iklan “banner”, membeli iklan “teks”, meletakkan “signature file” di
forum dan sebagainya. Namun, tahukah anda aktiviti pemasaran yang
manakah yang memberikan hasil atau pulangan yang memberansangkan?

Jika pemasaran yang anda lakukan tidak memerlukan anda mengeluarkan
sebarang wang, mungkin anda cuma kerugian masa mengiklankan produk
anda. Tetapi jika anda mengeluarkan wang untuk melakukan promosi, ini
bermakna anda perlu tahu pada tahap manakah anda akan mendapat untung
dengan setiap modal yang dikeluarkan. Ini juga apa yang disebut
sebagai “Returns On Investments” (ROI atau Pulangan dari pelaburan). Jika
tersilap langkah, anda akan sentiasa kerugian di dalam pengiklanan produk
anda.

Walaupun aktiviti menjejak keberkesanan promosi produk anda ini jarang
ditekankan sangat di awal pembabitan anda di dalam memulakan bisnes
internet anda, ada sesetengah model bisnes internet ini memerlukan anda
melakukannya sebaik sahaja anda memulakannya.

Sebagai contoh, mempromosikan produk anda dengan menggunakan Google
Adwords (Pay-Per-Click) sudah semestinya memerlukan anda mengetahui
berapa yang anda boleh laburkan sebelum anda kerugian. Begitu juga
sekiranya fokus anda ialah mempromosikan produk orang lain di mana
keseluruhan aktiviti anda adalah dengan melakukan pemasaran (seperti
pemasaran affiliate dan pemasaran program multi-level marketing).

Mungkin tidak kesemua program internet yang anda promosikan
membolehkan anda melakukan “tracking” yang terperinci seperti dari negara
manakah prospek anda datang, pada pukul berapakah trafik meningkat
dengan mendadak dan siapakah pembeli anda. Namun, masih ada lagi
statistik yang anda boleh kumpul seperti berapa klik yang anda perlu dapat
untuk menghasilkan satu jualan.

Ringkasnya, anda perlu jejak keberkesanan pemasaran yang anda lakukan.
Jika tidak, anda akan menjalankan bisnes anda di dalam gelap dan anda tidak
tahu ke mana arah tuju anda.

Bagaimana untuk melakukan “tracking”?

Ya, saya sudah 100% pasti yang ayat di atas adalah soalan anda
seterusnya. Jangan risau, saya akan berikan anda beberapa sumber di mana
anda boleh menggunakannya untuk tujuan “tracking” di dalam bisnes anda.

Terdapat beberapa sumber yang saya gunakan untuk tujuan menjejak
keberkesanan iklan dan anda juga boleh jadikan sumber ini sebagai panduan
untuk anda mulakan “tracking” anda.

1. HyperTraker

Servis ini merupakan servis berbayar di mana syarikat yang menyediakan
perkhidmatan ini adalah syarikat yang sama yang memberikan anda servis
autoresponder “GetResponse”. Jadi, anda boleh yakin dengan servis yang
disediakan oleh mereka.

Dengan menggunakan servis HyperTracker, anda boleh mengesan berapa klik
yang anda perolehi daripada promosi anda, berapa peratusan orang yang
mengambil tindakan daripada tawaran anda dan berapa orang yang membeli
produk anda.

HyperTracker merupakan salah satu servis yang mendapat kepercayaan
ramai usahawan internet yang telah menggunakan servis mereka dan saya
adalah salah seorang daripadanya. Apa yang saya suka tentang
HyperTracker ialah betapa mudahnya untuk memasang kempen dan melihat
statistik trafik yang dilaporkan di dalam ruangan ahli.

Servis ini memerlukan anda membayar setiap bulan di mana kosnya ialah
$19.95 dan anda boleh mendapatkan servis HyperTracker ini di
http://www.bisnesdigital.com/hypertracker

Cara menggunakan servis ini adalah mudah. Anda log masuk ke dalam
bahagian ahli dan cipta kempen pengiklanan anda. Anda boleh letakkan
pautan (link) yang anda ingin jejak keberkesanannya dan gunakan link yang
anda hasilkan di dalam laman web HyperTracker ini untuk diberikan kepada
orang ramai atau untuk diletakkan di dalam laman web atau blog yang anda
iklankan.

2. Google Analytics

Servis daripada Google Analytics pula membolehkan anda mengetahui
statistik trafik ke laman web anda. Dengan servis ini, analisa seperti laporan
trafik ke laman web anda seperti dari mana pelawat anda datang, bagaimana
mereka menggunakan laman web anda, apa yang membuatkan mereka
menjadi pelanggan anda dan bermacam-macam lagi dapat diperolehi.

Servis ini asalnya dimiliki oleh syarikat Urchin Software Corporation dan dibeli
oleh Google pada April 2005. Untuk pengetahuan anda, perisian yang
dahulunya memerlukan anda membayar untuk servis sebegini sekarang
adalah percuma.

Anda boleh dapatkan servis ini daripada Google di
http://www.google.com/analytics

Walaubagaimanapun, perlu diingatkan bahawa Google Analytics memberlukan
anda meletakkan kod “tracking” di laman web anda sebelum anda boleh
menggunakannya.

Caranya ialah anda lakukan pendaftaran di laman web di atas, bina “website
profile” untuk laman web anda dan dapatkan kod pengesanan sebelum anda
masukkan ke dalam laman web anda.

Kesimpulannya, servis “tracking” ini adalah satu keperluan untuk usahawan
internet menjejaki keberkesanan promosi dan pemasaran mereka. Dua
sumber yang saya berikan di atas adalah sebagai permulaan untuk anda
mengesan keberkesanan aktiviti laman web anda. Memang terdapat pelbagai
lagi servis yang menawarkan perisian sebegini dan ada di antaranya adalah
percuma.

Sekiranya anda bercadang untuk menggunakan servis percuma, berhati-
hatilah kerana apabila anda menggunakan servis percuma, ada keburukannya
yang tersendiri. Walaubagaimanapun, jika servis yang ditawarkan datangnya
daripada syarikat besar seperti Google, saya rasa anda tidak perlu risau
dengan masalah yang sering timbul seperti kehilangan akaun, kegagalan
perisian dan sebagainya.

Yang penting, melakukan “tracking” adalah salah satu perkara yang
mustahak untuk anda lakukan.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam Perniagaan Internet sejak tahun
2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran
beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan
pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih
ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet.
Lawati laman web beliau di http://TheFourWeeksToFreedom.com untuk
mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.