Friday, May 27, 2011

TIPS BAGAIMANA NAK TAMBAH FANS DI FB

Bagaimana nak tambah FANS di fanpage? Ramai antara kita yang ingin me"ramai"kan fan di fanpage kita, tapi tak tahu caranya. Sebab tak tahu tu la ada yang promot fanpage mereka cara SPAM. Anda ingin tahu bagaimana untuk menambah fan di fanpage anda? Klik LIKE. Ianya juga bergantung kepada kerajinan anda.

TEKNIK 1: Anda anjurkan CONTEST. Contest photo terbaik ke, posing terbaik ke, contest komen terbaik ke, atau sebagainya. Apabila anda anjurkan contest seperti ini, perlu guna PhoTO ALBUM di mana semua penyertaan dimasukkan dalam photo album. Dan anda boleh menyuruh fans sedia anda klik LIKE pada photo yang mereka sukai. Dan anda juga boleh menyuruh pserta yang mengambil bahagian menarik fan/frens mereka untuk klik LIKE pada photo mereka. Dan ini secara tidak langsung akan mempromosikan fanpage anda. Si peserta akan cuba mempromosikan photo mereka kepada kenalan mereka. Ini mampu meningkatkan fans anda kerana mereka perlu menjadi fans dahulu sebelum klik LIKE. Dan jika anda ada sediakan landing tab, ini peluang baik untuk anda kumpul list. Bagaimana? Anda sudah tahu kan...

TEKNIK 2: KOMEN DI FANPAGE ORANG. Anda klik pada "Use Facebook as your fanpage username" . Lihat kanan fanpage anda, klik Use Facebook as - fanpage anda. Sudah klik, anda cari fanpage-fanpage yang memiliki fans yang ramai yang dimiliki oleh pemilik fanpage yang sama NICHE/Sama BIDANG dengan fanpage anda. Dan anda perlu rajin memberikan komen/reply dengan gaya yang hebat..hehehe. Taklah, anda perlu rajin komen dengan pandangan/cara yang bijak yang mampu menarik perhatian fans di fanpage itu. Anda komen dengan menunjukkan anda ni mahir/berpengalaman dalam bidang/topik yang dibincangkan. Fans yang melihat anda akan tertarik, dan akan klik pada nama anda dan seterusnya akan dibawa ke fanpage anda dan mereka insyallah akan menjadi fans anda. Teknik ni memerlukan kerajinan...

PS: Teknik saya gunakan ketika ke fanpage Dr Irfan Khairi. Tapi saya taklah rajin mana. Tapi setiap kali saya buat, mesti dapat tarik fans IK masuk ke saya punya fanpage. Fanpage Lisa Surihani pun saya pernah saja-saja try..hehehehe

TEKNIK 3: SWAP. BErtukar-tukar fans! Ni memang mudah. Anda cari rakan anda yang sama niche, jumlah fans lebih kurang sama, kemudian anda ajak mereka saling suggest fanpage masing-masing kepada fans mereka. Si A suggest fanpage B kepada fans nya, si B suggest fanpage A kepada fans nya. Yang penting bincang dahulu. Promot pada masa yang sama supaya lebih adil. Boleh suggest melalui fanpage itu sendiri, atau cara paling pantas juga jika ada mailing list. Promosikan fanpage rakan tadi di mailing list. Ini antara salah satu cara pantas untuk tingkatkan fans. Cubalah....

TEKNIK 4: TEKNIK LIVE CHAT. Anda anjur live chat di fanpage anda. Dan anda jemput mereka yang pakar dalam topik yang dibincangkan sebagai panel. Sebaiknya lebih dari seorang panel. Umumkan sessi live chat ni beberapa hari awal kepada list/fans anda supaya mereka bersedia. Dan semasa invitation, anda tag kepada panel-panel yang terlibat. Dan ini secara tidak langsung menarik fans mereka untuk STANDBY! Semasa sessi live chat berlangsung, anda perlu menguruskan soalan-soalan yang ditanyakan, dan menggalakkan fans untuk menanyakan soalan. Panel akan menjawab soalan-soalan yang diberikan dengan pantas. Masa yang diberikan untuk sessi LIVE Chat ni - 1 -2 jam. Cukup! Gero Azrul sering gunakan teknik ini! Anda juga boleh lakukannya. Tapi pastikan niche/bidang anda dahulu, dan jemput mereka yang bersesuaian sahaja. Sebaiknya anda membina relationship dengan panel yang bakal dijemput dahulu. Jika terus jemput, jangan harap...hehehehe

TEKNIK 5: Gunakan MAILING LIST. Anda ada memiliki mailing list? Apa lagi? Invite mereka jadi fans. Offer sesuatu yang hebat untuk mereka jadi fans anda. Anda broadcast ke mailing list anda dan selepas itu berikan kata perghargaan kepada mereka kerana telah menjadi fans. Mereka bertanya, cepat-cepat jawab. Insyallah mereka suka jadi fans anda. Ketika hantar emel di waktu biasa juga, anda boleh letakkan url fanpage di signature emel. Ini akan menambahkan lagi fans anda. Cecube...cecube..

TEKNIK 6: Letakkan plugin LIKE FANPAGE/FIND US ON FB di setiap laman web jualan anda, di blog anda, di forum. Jika blog anda sememangnya ramai follower, atau memiliki pelawat ramai dari search engine, ini akan menambahkan fans anda. Anda juga boleh promosikan fanpage anda di post artikel di blog. Teknik ini sememangnya sangat berkesan. Soft technique! Tak perlu paksa orang jadi fans, orang akan datang sendiri. Tahukah anda ada IM yang hanya dengan gunakan blog, berjaya kumpul fans lebih 100k dalam masa kurang 1 tahun! Dan selain itu sambil menyelam beliau minum air! Dari 100k fans, 40k jadi mailing listnya...Buat duit memamng mudah selepas itu!




Friday, May 13, 2011

Cara guna enjin carian


APAKAH kaedah carian maklumat yang cekap dalam Internet terutama dalam menggunakan enjin carian ?

Apabila kita berbincang berkenaan dengan carian yang cekap dalam menggunakan enjin carian di Internet, ia merujuk kepada ketepatan maklumat yang diperolehi dalam masa secepat yang mungkin.

Enjin carian Google dibina dengan kaedah cariannya yang cekap dan pantas.

Namun begitu, ada beberapa perkara yang memerlukan kecekapan pengguna enjin carian tersebut untuk mendapatkan carian maklumat yang tepat dan pantas.

Ia boleh diumpamakan dengan sebuah kereta lumba yang canggih memerlukan pemandu yang cekap untuk beroleh kejayaan dalam sesuatu pertandingan perlumbaan kereta.

Perkara pokoknya adalah bagaimana untuk menyingkirkan terlebih dahulu laman-laman web yang tidak berkaitan dan keputusan carian yang tidak betul.

Di sini akan dibincangkan beberapa faktor insan atau penggunaan carian yang betul bagi mendapatkan hasil carian yang lebih tepat dengan masa yang pantas apabila menggunakan enjin carian di Internet.

Struktur binaan sesebuah enjin carian secara umumnya adalah sama di antara satu sama lain.
Namun begitu, contoh yang akan diambil dalam perbincangan ini menggunakan enjin carian Google.

Berikut adalah beberapa kaedah yang betul untuk mendapat carian maklumat yang tepat dan pantas menggunakan enjin carian di Internet iaitu:-

1. Penggunaan kata kunci atau terma yang unik dan spesifik dalam suatu carian yang dibuat.
Apabila sesuatu carian yang dibuat, enjin carian akan paparkan beratus ribu atau lebih alamat laman web. Jadi, untuk mengurangkan paparan tersebut, gunakan kata kunci atau terma yang sangat spesifik dan unik.

2. Penggunaan tanda tolak (-) dalam kata kunci pencarian. Fungsinya adalah untuk memperkecilkan lagi skop carian. Enjin carian akan menghasilkan keputusan carian yang di luar jangka terutama kata kunci yang digunakan mempunyai beberapa maksud. Tanda tolak ini akan berfungsi secara logik sebagai TIDAK atau penafian bagi sesuatu makna dalam kata kunci carian. Ia akan membuang beberapa keputusan carian yang tidak berkenaan. Sebagai contoh, sekiranya kita menggunakan kata carian berkenaan haiwan, kerbau. Maka segala yang berkaitan dengan kerbau akan dipaparkan seperti Kerbau Enterprise, nama bagi sebuah syarikat, kertas dan lain-lain. Jadi, boleh menggunakan tanda tolak untuk tidak merangkumi maklumat-maklumat yang tidak berkaitan tersebut seperti - Enterprise - Ker dan lain-lain.

3. Penggunaan tanda pengikat kata (" ") bagi mendapatkan kata kunci yang lebih bersifat spesifik dan merangkumi segala kata kunci tersebut. Ia tidak akan mencari maklumat secara umum yang berkaitan dengan kata kunci yang dicari. Ia adalah satu cara bagi mengurangkan paparan maklumat yang tidak betul, tidak berkaitan dan tidak tepat dalam sesuatu carian.
Contohnya adalah seperti kata kunci atau carian perkataan, "Membujur lalu melintang patah".

4. Pengunaan huruf besar dan huruf kecil. Kebanyakan enjin carian tidak membezakan sesuatu perkataan yang sama dengan huruf kecil, huruf besar dan yang berada dalam pengikat kata.
Jadi, jangan membuang masa dengan perkara-perkara tersebut. Sebagai contoh, kesemua perkataan yang berikut adalah sama dalam enjin carian.
*Perpaduan
*perpaduan
*PERPADUAN
nPerpaduan
nperpaduan

5. Tidak menggunakan perkataan kebiasaan dan tanda seruan. Ini kerana kebanyakan enjin carian akan abaikan perkataan kebiasaan yang digunakan dalam ayat untuk bahasa Inggeris seperti and, a, the, an, is dan lain-lain. Pengunaan tanda seruan juga akan diabaikan. Namun begitu, ia boleh digunakan dan enjin carian akan mengambil kira dalam proses carian sekiranya ia berada dalam pengikat kata (" ").

6. Penggunaan fungsi AutoComplete dalam enjin carian. Penyusunan terma kata carian daripada secara umum kepada yang lebih spesifik dalam kotak carian dapat banyak membantu memaparkan keputusan yang tepat dalam bentuk senaraian pada kotak carian tersebut. Inilah cara yang berkesan menggunakan fungsi AutoComplete dalam enjin carian. Pemilihan item yang bersesuaian pada kotak carian menjimatkan masa untuk menaip sesuatu terma carian. Fungsi AutoComplete ini bukan sahaja berada dalam enjin carian seperti Google tetapi ada pada pelayar web atau brwoser seperti Internet Explorer, Mozilla Firefox dan lain-lain.

7. Elakkan menggunakan kata carian berbahasa Inggeris yang mempunyai imbuhan perkataan seperti ballstestedwalking dan lain-lain. Lebih baik menggunakan perkataan asas seperti balltestwalk dan lain-lain. Ini dapat mengurangkan paparan maklumat yang tidak tepat dalam menggunakan enjin carian.
Namun begitu, sekiranya carian maklumat memerlukan perkataan reading. Gunakan perkataan reading dalam carian maklumat kita.

8. Penggunaan Browser History atau fungsi sejarah dalam pelayar web seperti Internet Explorer, Mozilla Firefox dan lain-lain.
Kadang kala ada alamat laman web yang sudah kita layari untuk dapatkan maklumat.
Sekiranya ada keperluan lagi dan kita menggunakan enjin carian, seperti biasa ia akan paparkan banyak maklumat yang perlu kita perhalusi satu demi satu.
Jadi, alamat laman web yang sudah kita layari sebelum ini boleh diperolehi semula di bahagian Browser History ini.
Bagi memudahkan lagi carian kita, perlu kita mengingat masa dan tarikh laman web tersebut dilayari menggunakan pelayar web tersebut.

9. Hadkan masa carian dan tambahkan dengan pelbagai cara carian. Sekiranya dalam masa tertentu, masih belum menjumpai maklumat yang dicari, kita perlu ada kaedah atau perancangan yang lain seperti berikut:-
nPenggunaan enjin carian yang lain seperti Yahoo!, Lycos, Bing dan lain-lain.
nMembuat pertanyaan dengan menghantar soalan ke forum-forum elektronik yang berkaitan.
nMenggunakan pakar carian maklumat yang boleh membantu.
nMembuat panggilan telefon untuk sesuatu bantuan atau pertanyaan.
nBertanya soalan atau maklumat tersebut kepada rakan taulan.

10. Perincikan carian maklumat yang dibuat. Terdapat beberapa simbol yang boleh diguna pakai dalam carian bagi menambahkan kespesifikan carian dan mengurangkan skop carian. Ia dapat mengurangkan paparan maklumat yang tidak sesuai. Di antaranya adalah seperti berikut:-

nTanda tambah ( + ) - Enjin carian akan abaikan perkataan sambungan atau yang biasa digunakan dalam ayat seperti is, are, and dan sebagainya. Sekiranya perlu untuk kita masukan perkataan tersebut boleh menambah simbol tambah ini dipermulaan perkataan tersebut seperti giant +and city. Jadi, carian tersebut akan memaparkan segala maklumat berkenaan perkataan tersebut termasuk perkataan and.

nTanda aliran ( ~ ) - Dengan penambahan tanda ini didepan sesuatu perkataan, enjin carian akan mencari maklumat perkataan tersebut dan maklumat yang sinonim dengan perkataan tersebut. Namun begitu, tidak kesemua perkataan berupaya mendapatkan hasil yang baik dengan tanda ini terutama sekali perkataan singkatan dan mepunyai banyak makna seperti HTML, CSS, HTTP dan lain-lain. Contoh penggunaanya adalah seperti berikut, ~ HTML.

nTanda asterik ( * ) - Ia digunakan untuk mencari sesuatu perkataan bersama dengan terma lain yang tidak diketahui seperti berikut, pendekar *. Namun begitu, ia tidak boleh digunaka untuk sebahagian daripada perkataan seperti pendekar m*. Hasil carian akan memaparkan segala maklumat berkenaan dengan pendekar dengan tambahan apa-apa perkataan yang lain.

nTanda atau ( OR ) atau ( | ) - Ia digunakan untuk mencari salah satu perkataan-perkataan carian yang sesuai. Sebagai contoh, kenangan indah akan memaparkan maklumat kedua-dua perkataan tersebut tetapi kenangan | indah akan memaparkan kesemua maklumat berkenaan salah satu daripada perkataan carian tersebut.

nJulat penomboran - Perincian sesuatu carian yang bernombor boleh dikecilkan skop cariannya dengan menyatakan julat dan jenis pengukuran bagi nombor tersebut. Sebagai contoh, Windows Server 2005 .. 2008, iPad RM100 RM200 dan lain-lain.

nPenggunaan carian pintar atau Advanced Search yang mempunyai banyak pilihan dan kriteria untuk mengecilkan lagi skop carian seperti tarikh, negara, bahasa dan lain-lain. Ia boleh digunakan dengan mengklik butangnya yang terdapat di sekitar kotak carian.

nPenggunaan fungsi Wonder Wheel dalam enjin carian Google. Ia juga merupakan satu kaedah pencarian yang mengecilkan skop carian kepada carian yang lebih spesifik pada sesuatu perkara.

Ia boleh dibuat carian menerusi kotak carian Google.
Kemudian klik kepada perkataan Wonder Wheel disebelah tepinya.
Segala apa yang dibincangkan sama ada ia merupakan satu kaedah carian atau alat carian adalah merupakan perkara penting. Ini berguna untuk kita mendapatkan carian maklumat yang hampir tepat dalam masa yang pantas.

Segala maklumat yang tidak perlu dapat dihindarkan daripada paparan enjin carian.
Internet merupakan sebuah gudang maklumat yang mempunyai pelbagai jenis maklumat.

Tugas kita adalah untuk memperhalusi aspek carian maklumat agar berupaya mendapat maklumat yang tepat dalam masa yang pantas. Hampir kesemua enjin carian adalah berasaskan kepada bahasa Inggeris




Thursday, March 3, 2011

Jangan Sia-Siakan Usaha Penulisan Artikel Anda



Menulis artikel adalah salah satu cara untuk mendapatkan trafik. (~ramai yang tahu~saya pasti). Walaubagaimana pun, ada beberapa teknik penting yang boleh diaplikasikan untuk memastikan usaha penulisan artikel anda tidak sia-sia.

Teknik #1,
Jangan Membunuh Usaha Penulisan Artikel Anda dengan hanya menghantar kepada 3 top direktori artikel. Seboleh-bolehnya, hantar artikel anda ke direktori yang lain sebaik-baiknya direktori artikel yang niche. 

Teknik#2,
Jangan Membunuh Usaha Penulisan Artike Anda dengan menghantar artikel yang sama ke setiap direktori artikel. Apabila menghantar artikel ke direktori, seboleh-bolehnya isi kandungannya berbeza sedikit dari yang asal. Cuba jadikan artikel diubah, unik.

Teknik#3,
Jangan Mengsia-siakan Usaha Penulisan Artikel Anda dengan menulis terlampau pendek. Jumlah patah perkataan yang disarankan adalah 400-500 patah perkataan.

Teknik#4,
Jangan Mensia-siakan Usaha Penulisan Artikel Anda apabila tidak mengambil kesempatan keatas Jumlah link dibenarkan didalam Author Box.
Biasanya, directori artikel membenarkan anda memasukan 3 link dibahagian Author Box. Gunakan ketiga-tiganya. (Periksa terms of service. Jika jumlah yang dibenarkan adalah 2, tetapi link anda 3, artikel anda akan di reject.)

Teknik#5,
Anda Meracuni Usaha Pemasaran Penulisan Artikel Anda apabila anda hanya mementingkan jumlah link dan tidak mementingkan trafik semulajadi.
Anda mahu pembaca membaca artikel anda dan digunakan pada laman web mereka, bukannya spider bots atau web crawlers

Teknik#6
Anda Mentempangkan Usaha Pemasaran Artikel Anda Apabila tidak melakukan keyword research. 

Teknik#7
Anda mencekik Usaha Pemasaran Artikel Anda apabila telampau memfokus kepada link pada homepage anda. Link yang terdapat pada website anda tidak nampak natural kepada search engine. Ia berkaitan dengan search engine rankings dan bagaimana search engine memberi kedudukan kepada website anda. 

Teknik#8,
Anda Melemaskan Usaha Pemasaran Artikel Anda apabila memasukan keyword phrase yang sama ke dalam semua links. Teknik ini boleh dianggap spam oleh search engine dan boleh mengurangkan nilai link anda dan seterusnya terkeluar dari search engine results.

Teknik#9,
Anda Kebulurkan Usaha Pemasaran Artikel Anda apabila anda tidak konsisten. Cara terbaik untuk mendapat link semula jadi adalah menulis artikel berjadual.

Teknik#10
Anda Boleh Mematikan Usaha Pemasaran Artikel Anda Apabila anda tidak memberikan artikel anda secara terus kepada publisher. Untuk memaksimakan usaha pemasaran artikel anda seboleh-bolehnya menghubungi publisher dan menawarkan artikel yang unik kepada mereka dan yang boleh meningkatkan nilai website mereka dan juga sebaliknya untuk anda, link-link semulajadi.

Teknik yang dinyatakan hanya terjemahan dan rumusan. Anda boleh mendapatkan penulisan penuh di http://www.articlekillers.com/


Thursday, February 24, 2011

Apakah yang dikatakan PROGRAM AFFILIATE ?

Menurut kamus, perkataan Affiliate membawa maksud ; bergabung, bersekutu. Oleh itu, di dalam konteks perniagaan internet ini, program affiliate bolehlah disimpulkan sebagai; satu penggabungan usaha dan perkongsian keuntungan di antara dua pihak; iaitu pihak penjual (pemilik produk) dengan agen penjual (peserta affiliate) . Ada juga pihak yang mempermudahkan lagi definisi Affiliate itu sebagai rakan pemasaran.

Program Affiliate yang biasa dilihat adalah terbahagi kepada dua jenis; yang percuma, dan yang berbayar. 

Program affiliate percuma ini tidak mengenakan apa-apa syarat, melainkan mendaftarkan diri sebagai peserta sahaja. Mana kala yang berbayar pula, biasanya pihak penjual mensyaratkan kita membeli terlebih dahulu produknya sebelum menjadi agen affiliatenya. Ada juga syarikat yang melakukan kedua-duanya sekali ! Apa yang dimaksudkan ialah; walau pun pembelian bukanlah satu kemestian, namun peserta yang terlebih dahulu membeli 
produk, akan mendapat peratus komisen yang lebih besar berbanding dengan ahli yang mendaftar secara percuma!

Komisen jualan adalah ditentukan oleh pihak syarikat/penjual. Kebiasaannya untuk produk fizikal (barangan yang mempunyai bentuk, saiz & berat!) komisennya agak kecil. Ini adalah kerana pihak syarikat terpaksa menanggung kos pembuatan/pembelian dan juga kos penghantaran. Sementara untuk produk yang bukan fizikal (yang boleh dihantar secara muatturun sahaja), kadar komisennya agak tinggi dan lumayan. 
Ini kerana produk seumpama ini tidak memerlukan modal kewangan yang besar.

Sejarah Affiliate Marketing
Program affiliate telah dicipta oleh CDNow.com pada tahun 1994 dan kemudian dipelopori oleh Amazon.com pada tahun 1996.Pada mulanya ia dianggap sebagai program bersama atau program partner.

Apakah Affiliate Marketing?
Affiliate Marketing adalah cara yang popular bagi mempromosi bisnes secara online atau di internet.Affiliate akan mendapat pulangan daripada jualan yang dibuatnya.Affiliate Marketing merupakan industi yang sangat cepat berkembang di internet.

Kenapa Banyak Syarikat Menggunakan Affiliate Marketing?
Affiliate disukai kerana kosnya yang rendah dan merupakan salah satu cara menjana pendapatan melalui internet.Ada sesetengah syarikat mempunyai sektor yang bergantung sepenuhnya kepada affiliate marketing.

Berapakah Hasil Yang Kita Boleh Dapat Melalui Affiliate?
Sebenarnya tiada had pendapatan yang kita boleh perolehi daripada internet.Ada affiliate yang boleh mendatangkan 5 hingga 6 angka setiap tahun dan banyak super affiliate yang mempunyai trafik yang tetap dan mempunyai komisyen yang tinggi.


Semoga segala maklumat dan ilmu yang diperolehi  ini mampu memberikan banyak manfaat kepada anda, dan seterusnya membolehkan anda memulakan perniagaan Internet anda sendiri melalui Program Affiliate.

Untuk langkah pertama dan paling mudah, dapatkan e-book PERCUMA dari kami.

Download sekarang di sini!

Saturday, January 15, 2011

10 Cara Efektif Menarik Subscribers ke blog anda





Bagi blogger yang main adsense, adsniaga, nuffnag dan sebagainya subcriber merupakan petunjuk yang lebih penting berbanding petunjuk lain seperti ‘page view’ dan jumlah lawatan harian. Kenapa, sebab mereka inilah pembaca setia. Semakin ramai pembaca maka semakin baiklah.

Jadi bagaimana anda boleh menarik ramai pembaca menjadi subscriber anda? 

Ini ada 10 cara anda boleh amalkan.

1. Buat dengan jelas

Biar butang RSS anda atau subscribe melalui email dapat dilihat dengan jelas untuk memudahkan pembaca klik. Jangan letak di bawah sangat takut tak nampak.

2. Blog biar fokus

Biar blog anda ada fokus. Jangan membuat topik terlalu banyak sehingga. Pembaca ke blog kita dengan niat mencari maklumat tertentu. Jadi kalau tak ada pengkhususan mungkin pembaca hilang selera ke blog kita.

3. Bagi ‘rasuah’

Relex, buat rasuah yang boleh menyebabkan anda ditangkap. Berilah buku atau laporan percuma.

4. Guna viral ebooks

Kalau bagi ebook percuma jangan bagi ebook semata-mata, tulis dengan jelas didepannya bahawa anda bermurah hati mengizikan buku itu diedar sesuka hati dengan syarat isi kandungan dan sumbernya tidak diubah.

5. Buat landing page dalam blog

Kalau anda ada buat iklan adword atau banner, tujukan iklan tersebut ke page ini di blog anda. Dengan cara itu anda terus dapat subscriber.

6. Jadi guest blogger

Kalau ada peluang jadilah guest blogger. Dengan cara ini anda boleh dapat backlink ke blog anda secara percuma. Semalam saya telah menjemput motivator untuk motivasi pagi di tv3 yang keluar pada hari ahad lalu iaitu En Syahrul Nizam Junaini. Rasanya ramai juga warga WC nie yang kenal beliau sebab beliau beberapa kali ada bagi ceramah tentang FB marketing. Ini artikel beliau di blog saya.

7. Buat audio atau video

Dalam video tersebut beberapa tempat selingan anda terangkan apa kelebihan mereka kalau subscribe blog anda.

8. Post di forum

Tak payah banyak cakap anda sedang membaca contoh ‘live’.

9. Networking

Antara yang boleh dibuat juga ialah mengadakan networking di kalangan blogger. Semakin besar networking semakin baiklah.

10. Buat Cross-promotion

Anda tolong promote blog kawan, kawan anda tolong promote blog anda. Maka jadilah ia.

Ok itu dia 10 cara ringkas untuk meningkatkan subscriber blog anda. Banyak subscriber banyaklah ke’ching’ anda 

Thursday, January 13, 2011

Tips SEO: Menulis Artikel Yang Optimize Untuk SEO

oleh  Shamsuriyadi Mamat 



Bagi yang menulis blog, sebenarnya terdapat teknik tertuntu yang digunakan untuk menjadikan post yang kita tulis bagus untuk SEO. Ia menjadikan post tersebut mudah untuk tersenarai di enjin carian. Saya ringkaskan sahaja di sini.
  1. Panjang terbaik setiap artikel adalah 300++ perkataan sahaja. Tak perlu terlalu panjang. Anda bukannya dapat anugerah penulis artikel terpanjang pun.
  2. Keyword Pada Tajuk – Anda mesti masukkan keyword yang anda target pada tajuk anda.
  3. Keyword pada permulaan artikel – anda perlu masukkan keyword sasaran anda pada permula artikel anda.
  4. Ulang 2,3 kali keyword dalam body artikel – ia adalah untuk meningkatkan keyword density bagi keyword sasaran anda.
  5. Masukkan keyword pada perenggan penutup.
Jadi anda perlu masukkan keyword sasaran anda sebanyak 6 kali dalam artikel yang anda tulis. Kaedah pengulangan ini sebenarnya boleh digunakan dalam penulisan sales letter. Jangan ulan terlalu banyak keyword sasaran kerana dikuatiri Google mengecop anda juba melakukan keyword stuffing iaitu kaedah blackhat untuk mengelirukan enjin carian.
Platform terbaik adalah wordpress kerana pelbagai plugin yang boleh membantu dalam SEO.

Cara2 Nak Promote Link Affiliate Anda

Affiliate seperti yg anda tahu adalah salah satu sistem pemasaran yang disediakan oleh pengeluar produk kepada umum untuk mempromosi atau menjalankan urusan pemasaran produk mereka.

Sesiapa sahaja layak untuk menyertainya,selalunya keahlian ditawarkan secara percuma,setelah mendaftar anda akan diberi satu link affiliate yang unik,dimana dengan link ini lah nnti menjadi alat untuk anda mengaut seberapa banyak wang melaluinya.

Jadi promosi yang bagaimana yang harus anda jalankan untuk menjual produk affiliate anda itu tadi??

Terdapat 3 cara yang paling efektif :
i) Promosi Melalui Blog
ii) Promosi Melalui Forum
iii) Promosi Melalui eMail

Promosi Melalui Blog

Dr.Irfan Khairi ada menyatakan,salah satu cara yang berkesan dalam mempromosikan affiiate ini adalah dengan me-review atau dalam BM nya mengulas sesuatu produk 

Jadi berpandukan pada fakta ini,anda seharusnya mengambil langkah ini dan praktikkannya dengan mengulas melalui blog anda.Jika anda mengulas mengenai produk IM make sure yang blog anda itu tadi adalah berunsurkan IM,ini adalah penting kerana pembaca setia blog anda adalah prospek yang bagus dan tepat dengan produk yang ingin anda jual,kalau tak penat jer otak dan jari anda menulis review tu tadi

Anda juaga boleh meletakkan banner yang anda dapat dari penyedia produk di laman blog anda dan secara tak langsung ini juga boleh membantu meningkatkan jualan link affilaite anda

Promosi Melalui Forum

Promosi melalui kaedah ini adalah salah satu cara yang senang dan percuma,namun begitu ia memerlukan konsistensi kesabaran serta dedikasi dalam berforum.

Secara teknikalnya anda cuma perlu meletakkan link affiliate anda di ruangan siggy atau signature dan seterusnya berforum dan link anda tadi akan terpampang setiap kali anda membuat post,makin banyak anda post banyaklah link anda diforum tersebut

Anda juga harus bijak memilih tempat anda berforum,bersesuaian dengan produk affiliate anda itu tadi,kalau anda promote produk digital atau ebook maka eloklah berforum di forum seperti WangCyber,DuitMania dan JomBincang

Untuk lebih efektif anda haruslah selalu aktif berforum macam saya cakap tadi konsinstensi,dalam menjayakan promosi anda melalui kaedah ini.

Dan salah satu lagi cara adalah dengan meningkatkan reputasi anda dalam forum yang anda sertai..bagaimana nak meningkatkan reputasi dan lebih dikenali?

Pertama anda haruslah selalu menulis artikel artikel di forum2 yang anda sertai,dengan cara ini sedikit sebanyak ahli ahli forum mendapat manfaat dari tulisan anda itu tadi sekaligus membuka mata mereka kepada anda dan anda akan dipuji serta disanjung paling tidak pun orang akan berterima kasih dengan anda

Kedua,selalu lah memberi pendapat-pendapat yang bernas setiap kali anda menjawab persoalan atau perbincangan yang diutarakan oleh forumer

Dan yang ketiga,rajin-rajinlah menjawab permasalahan yang dihadapi oleh ahlli forum yang lain but make sure you know what r u doin maksudnya anda mestilah tahu mengenai masalah yang hendak dijawab

Promosi Melalui E-mail

Kaedah ini adalah antara kaedah yang paling berkesan dan diakui oleh ramai affiliater-affiliater terkenal tanahair

Sebelum melaksanakan promosi ini anda perlu lah melakukan beberapa perkara terlebih dahulu.
Yang pertama anda mestilah mempunyai squeeze page,mail list,sistem autoresponder dan sebuah ebook percuma atau repot percuma atau yang sewaktu dengannya

Kenapa anda memerlukan benda-benda yang saya sebutkan itu tadi? Teruskan pembacaan anda diperenggan yang berikut

Baiklah apa yang saya sebutkan tadi adalah tools yang anda perlukan untuk mengumpul mailing list anda kerana promosi melalui email tak akan ampuh jika anda tidak mempunyai senarai mail list 

Jadi bagaimana nak kumpul mail list ni?? Pertama sekali anda perlulah membina satu laman web yg dipanggil squeeze page.Laman web ni berfungsi sebagai alat untuk anda menarik orang ramai menjadi ahli dalam mail list anda,didalam laman web tadi anda letakkan sebuah ebook percuma(sbg cth)untuk diberikan kepada bakal ahli mail list anda dengan syarat mereka letakkan nama serta email address di ruangan yang anda sediakan di laman web anda,jika mereka bersetuju serta berminat mereka akan melatakkan nama dan email mereka..boom!! anda dah dapat seorang dalam mail list anda,kita panggil subscriber

Untuk menguruskan senarai mail ist anda atau subscriber ini anda memerlukan sebuah software yang dinamakan autoresponder.software ini berfungsi sebagai alat untuk menyenangkan kerja2 penghantaran email kepada subscriber anda,anda boleh dapatkan di internet,ada yang percuma dan ada yang berbayar,tapi saya syorkan yang berbayar sebab ianya lebih efektif dan berkesan,cth2 autoresponder berbayar AWeber,GetResponse dll.

Setelah anda selesai membuat apa yang telah saya terangkan diatas tadi maka kini masanya untuk kumpul mail list anda.Anda boleh lah promotekan link squeeze page anda di blog2,forum2 serta website2 yang tinggi hit nya

Setelah anda memiliki senarai mail list yang ramai maka kerja mempromosi link affiliate anda akan menjadi lebih mudah,tapi beberapa perkara perlu dititikberatkan iaitu selalu menjaga subscriber anda dengan menyogokkan mereka dengan tip tip percuma dsb terlebih dahulu sebelum melakukan aksi promosi anda

Satu tip untuk meyakinkan serta menarik minat pembeli ialah dengan memberikan rebate tunai atau ebook percuma atau jika mampu ,buat personal coaching kepada bakal pembeli anda yang ingin membeli melalui link affiliate anda 

3 Tips Menjadi Super Affiliate & Menjana Komisen Yang Lumayan.

Keadaan ekonomi yang gawat menyebabkan ramai orang mencari alternatif bagi menambahkan sumber pendapatan tambahan.

Kos sara hidup yang meningkat setiap hari juga telah menyebabkan ramai orang berada di dalam kesempitan. Antara sumber pendapatan tambahan yang paling mudah adalah dengan menyertai program Affiliate. Dengan program affiliate, anda tidak perlu mereka produk anda sendiri, mendirikan laman web, menguruskan urusan pelanggan dan banyak perkara remeh yang lain lagi.

Ianya mungkin tidak lagi menjadi satu rahsia bagaimana untuk menjadi super affiliate - yang mampu menjana wang komisen affiliate. Bagaimanapun, di sini saya ingin berkongsi dengan anda 3 tips untuk menjadi salah seorang super affiliate yang mampu meraih komisen affiliate yang lumayan daripada mana-mana program affiliate ang anda sertai:

Tip No.1: Mencari Program Affiliate yang Menawarkan Komisen Yang Tinggi


Tidak kira samada anda mencari prospek samada untuk produk yang berharga $10, $100, $500 atau lebih, anda tetap perlu mencari trafik yang berminat untuk membeli tawaran produk affiliate anda. Bagi sesetengah produk yang berharga murah, kebiasaanya ianya mempunyai kadar pembelian yang tinggi. Sebagai contoh:

Andaikan anda menjumpai pelbagai produk yang berada di dalam kategori niche yang sama dan menawarkan komisen 50%. Sekarang mari kita analisa tawaran tersebut:

- Produk A yang berharga $20 (komisen anda - $10) mempunyai kadar pembelian 5%. Ini bermakna, jika ada 100 orang melihat tawaran produk A, 5 orang daripadanya akan membeli produk tersebut. Ini bermakna, anda kini menjana komisen yang bernilai $50.

- Produk B berharga $100 (komisen anda - $50) dan memiliki kadar pembelian 3%. Ini bermakna, setiap 100 orang yang melihat tawaran untuk Produk B - 3 orang akan membelinya. Jadi, anda telah berjaya meraih komisen sebanyak $150.

- Produk C berharga $500 (Komisen anda $250) hanya memiliki kadar pembelian sebanyak 1%. Jadi setiap 100 orang yang berminat dan melihat tawaran produk C, hanya 1 orang sahaja yang membeli produk tersebut. Maka, anda telah meraih komisen affiliate sebanyak $250.

:: Adakah anda memahami apa yang sedang saya cuba sampaikan?

Apa yang sedang saya cuba sampaikan adalah - pilihlah produk yang mempunyai komisen yang tinggi (dalam contoh ini - komisen yang paling tinggi adalah $250). Hal ini kerana, anda akan melakukan usaha yang sama bagi menarik trafik untuk melihat tawaran produk affiliate anda. Anda juga bakal memperuntukkan masa yang sama untuk menulis artikel, meletakkan komen di blog-blog, mengiklan dan menyertai forum dan aktiviti-aktiviti pemasaran yang lain. Masa yang sama, tetapi komisen yang lebih tinggi .


Tip No. 2: Mencari Tawaran yang Menawarkan Komisen yang Berulang-ulang

Jika anda mahukan komisen affiliate yang lumayan, anda perlu menjual lebih banyak (volume) dan lebih tinggi harga produk affiliate tersebut. 

Daripada anda mempromosikan produk yang menawarkan sekali sahaja pembayaran komisen affiliate, bukankah lebih baik jika anda mencari produk affiliate yang menawarkan pembayaran komisen secara berulang-ulang? Sebagai contoh, produk affiliate yang berkonsepakan " recurring billing membership site".

Apa yang perlu anda lakukan adalah mempromosikan sekali sahaja produk affiliate tersebut...tetapi anda bakal dibayar komisen setiap bulan selagi pembeli tersebut membayar yuran keahliannya. Maka, dengan sedikit usaha kajian di awal pemilihan produk affiliate - anda kini mampu meraih pendapatan pasif daripada program affiliate yang anda sertai 

Di sini saya senaraikan 2 cara mencari produk affiliate yang mana mereka bakal membayar komisen anda secara berulang-ulang:

1. Anda pergi ke ClickBank Marketplace, cari produk yang menpunyai nilai yang lebih tinggi daripada $0 di dalam kategori "future $". Ini adalah produk yang memerlukan pembelinya membayar sejumlah amaun setiap bulan. Separuh daripadanya adalah komisen milik anda.

2. Cari di dalam Google Search dengan menaip katakunci "affiliate program + recurring billing", "membership site", "passive income" dll.


Tips 3: Memiliki Senarai Nama Opt-In


Mungkin anda telah muak dengan tip ini. Tip yang sama diulang acap kali oleh kebanyakan guru-guru internet marketing.

Tetapi, percayalah ini adalah cara yang paling berkesan. Mari kita lihat contoh di bawah ini:

Contoh: Andaikan anda menjalankan promosi untuk produk affiliate anda. Jika kadar pembelian adalah 2% - iaitu setiap 100 orang melihat tawaran tersebut, 2 orang daripadanya membeli produk tersebut...manakala 98 orang pula hilang tanpa dapat dikesan! Wah! ruginya anda.

Jadi, daripada mempromosikan link affiliate anda terus ke halaman produk affiliate, adalah lebih menguntungkan jika anda menghantar mereka ke squeeze page milik anda - yang terdapat borang opt-in dan tawarkan sesuatu yang berguna secara percuma (contoh: ebook, special report, minisite percuma). 

Daripada menampal link affiliate anda di sana dan di sini tanpa tentu hala. Adalah lebih menguntungkan jika anda menangkap senarai nama dan alamat email address prospek anda. Selepas itu, anda bina hubungan yang baik dan promosikan produk affiliate yang menarik perhatian mereka.

Tahukah anda? Kebanyakan orang lebih selesa untuk membeli daripada orang yang mereka kenal sahaja?

Jadi, miliki senarai nama dan alamat email, perkenalkan diri anda, tawarkan maklumat yang berguna secara percuma kepada mereka, bina hubungan yang baik dan akhirnya, anda boleh menawarkan link affiliate anda yang boleh menguntungkan kedua-dua belah pihak [Senarai nama anda - tawarkan mereka produk yang boleh memudahkan urusan mereka dan anda sendiri (komisen)].

3 tip ini dipetik daripada Ebook Affiliate Commissions Booster - 21 Kaedah Yang Terbukti Mampu Untuk Meningkatkan Komisen Affiliate anda.