Thursday, April 17, 2014

Google Adwords dalam bahasa Melayu bantu PKS

Google sasar tarik 50,000 PKS




KUALA LUMPUR - Platform pengiklanan dalam talian Google, AdWords, kini boleh didapati dalam bahasa Melayu bagi membantu perniagaan Malaysia, terutama perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

AdWords boleh diperolehi individu, perniagaan dan agensi yang membantu perniagaan berkembang dan mendapat pelanggan baharu dengan mengadakan iklan dalam talian.

Pengurus Google Malaysia, Sajith Sivanandan berkata, 60 peratus rakyat Malaysia menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utama.

"Malaysia mempunyai 700,000 PKS dan hanya 15 peratus daripada mereka beroperasi dalam talian.

"AdWords dalam bahasa Melayu mempunyai peranan penting dalam membantu perniagaan berkembang di kalangan penutur bahasa Melayu dalam talian," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Google AdWords dalam bahasa Melayu di sini hari ini.

Pengiklan boleh mengambil kesempatan daripada kata kunci yang sebahagian besar rakyat Malaysia guna kerana separuh daripada mereka memilih untuk menggunakan konten harian mereka secara dalam talian.

"Mereka boleh menyesuaikan iklan mereka berdasarkan bajet dengan pilihan kos bagi setiap klik. Tidak ada minimum penggunaan AdWords, pengguna akan menentukan jumlah yang mereka mahu bayar.

"Kos maksimum bagi setiap klik ialah 50 sen," katanya. - Bernama





Wednesday, April 16, 2014

3 Jenis Post Yang Tidak Disukai Facebook

panda-imgur-2

Secara puratanya, setiap pengguna facebook akan melihat sebanyak 1,500 post sehari, namun begitu, pihak facebook akan menapis dan memaparkan sekitar 20% sahaja dari post-post tersebut kepada pengguna.

Sejak seminggu lalu, pihak facebook telah mengemaskini beberapa kali alghoritma newsfeed mereka bagi memaparkan post-post yang bersesuaian dengan pengguna facebook.
Dari pengemaskinian tersebut, pihak facebook menyatakan, terdapat 3 jenis post yang akan ditapis dan akan kurang dilihat oleh pengguna di newsfeed mereka.

1. Gambar “Meme”


Apabila Facebook memutuskan untuk mengetengahkan kendungan berita yang lebih “berkualiti tinggi” , timbul persoalan : apakah pula post yang dimaksudkan dengan berkualiti rendah? Pihak Facebook tidak memberikan spesifikasi yang tepat mengenai perkara ini, cuma, mereka mengatakan bahawa, mereka tidak mengkhususkan atau merujuk kepada mana-mana laman web  tentang maksud itu.
Namun begitu, satu temuramah yang dilakukan oleh pihak AllThingsD dengan eksekutif facebook, iaitu Lars Backstrom yang merupakan salah seorang pengurus newsfeed di facebook, menyatakan..
“ia bukanlah bermaksud anda tidak akan melihat gambar kucing lucu dari Imgur lagi, cuma, anda mungkin melihat 10 peratus kurang daripada itu, dan 10 peratus lebih banyak artikel.”

Antara website yang menyediakan banyak gambar meme dan seringkali dikongsikan di facebook adalah seperti web www.imgur.com

2. Spam Link


Pernahkah anda klik pada link yang membawa anda ke laman web yang penuh dengan iklan? pihak Facebook telah memilih untuk menamakan mereka sebagai “spammy” –  dan mahu menghapuskan mereka dari dipaparkan di ruangan newsfeed.
Pihak facebook telah mengumumkan bahawa, pihak mereka telah mengubahsuai alghoritma mereka bagi mengenalpasti “spammy link” dan akan cuba mengelakkan post-post tersebut dipaparkan kepada pengguna lain. Pihak Facebook mengatakan, apabila pengguna melawat sesuatu link dan kemudiannya, tidak memberikan sebarang “like” atau “share” pada post tersebut, ia akan cenderung di kategorikan sebagai spammy. Penilaian tersebut sememangnya kelihatan agak kurang sempurna, tetapi, itulah antara perkara yang cuba dilakukan oleh pihak facebook bagi mengawal link spam.


like-baiting

Perubahan alghoritma newsfeed ini baru sahaja dilakukan oleh pihak facebook pada minggu lalu, disebabkan itu, pada waktu ini, para pengguna mungkin masih belum lagi dapat melihat perubahan tersebut secara ketara.





Tuesday, April 15, 2014

WhatsApp jejaskan syarikat telekomunikasi tempatan


KUALA LUMPUR 14 April - Syarikat-syarikat telekomunikasi (telko) tempatan dijangka berhadapan kesukaran, apabila aplikasi perhubungan utama telefon pintar (OTT) seperti WhatsApp dijangka memperkenalkan perkhidmatan suara.


Perkembangan itu sedikit sebanyak mendatangkan kerisauan kepada syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan memandangkan segmen suara masih menyumbang 50 hingga 60 peratus pendapatan kepada mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif WhatsApp, Jan Koum pada Februari lalu mengumumkan syarikatnya merancang untuk memasukkan kemudahan panggilan suara di dalam aplikasi tersebut menjelang pertengahan tahun ini.

Malah, beberapa siri percubaan kemudahan itu sedang dilakukan yang telah mendapat liputan media segmen teknologi maklumat dan komunikasi.

“Telko terus berhadapan kesukaran menjana perolehan akibat kemunculan aplikasi-aplikasi percuma ini.

“Aplikasi-aplikasi tersebut sendiri telah menjejaskan pendapatan telko melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), ekoran kadar penggunaan telefon pintar yang bertambah selain kaedah tersebut lebih murah dan efektif," jelas nota kajian RHB Research di sini hari ini.

Pada masa sama menurut kajian itu, penggunaan OTT yang semakin meningkat juga tidak menjanjikan kadar penggunaan internet yang tinggi, sekali gus menyukarkan telko menjana pendapatan.

Namun jelas nota kajian itu, sehingga kini status penghasilan kemudahan panggilan suara oleh WhatsApp itu masih belum dipastikan. Tetapi kajian itu tetap menyifatkan pengguna masih sanggup membayar apa-apa caj perkhidmatan suara jika kualitinya terjamin.

“Telko sebenarnya menyedari carabaran daripada OTT ini, dan mereka mungkin menyusun kembali perkhidmatan data bagi memastikan perolehan maksimum dapat dijana menerusi data," jelas nota kajian itu lagi.

Ketiga-tiga syarikat telko utama tempatan iaitu Maxis, Celcom dan Digi masing-masing menjana pendapatan antara RM900 juta hingga RM1.2 bilion setiap suku tahun 2013.




Monday, April 7, 2014

Cara Mendaftar Webinar Rahsia Pemasaran Affiliate

Cara Mendaftar Webinar Rahsia Pemasaran Affiliate

  • Langkah 1 : Klik pada link yang dibekalkan kepada anda untuk mulakan proses mendaftar.
  • Langkah 2 : Anda akan dibawa ke halaman seperti dalam rajah di bawah…Isikan maklumat anda di ruangan yang disediakan.

1-jomaff-ashadee

Untuk membuat pendaftaran, anda boleh ikut langkah mudah berikut :
  • Langkah 3 : Setelah mendaftar, anda bolehlah mencetak halaman yang tertera untuk memudahkan anda menyertai webinar tersebut apabila sampai masa yang anda telah pilih.
2-jomaff-ashadee
  • Langkah 4 : Sila periksa email anda untuk membuat pengesahan…Anda akan menerima email seperti dalam rajah di bawah.
3-jomaff-ashadee
  • Langkah 5 : Klik pada link pengesahan untuk membuat pengesahan…Langkah ini WAJIB dilakukan.
4-jomaff-ashadee
Setelah selesai membuat pengesahan, anda secara automatik telahpun didaftarkan sebagai peserta webinar tersebut… :-D

Pastikan anda menonton webinar yang telah anda daftar pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan kerana terdapat banyak ilmu yang bermanfaat buat anda sebagai newbie.