Friday, April 2, 2010

Perbezaan Autoresponder Aweber dan Trafficwave.

1. Di Aweber, semakin ramai subscriber yuran bulanan semakin naik. Kalau mula2 mereka kenakan bayaran $20 sebulan, bila bilangan subscribers kita tinggi mereka pun naikkan harga dari $20 ke $30 ke $40 ke $50.... ikut suka2 je dia naikkan, itu yang marah sikit tu. Saya risau kalau subscriber saya baru nak berjinak dengan dunia internet, dan mereka dapat kumpul subscriber yang ramai tetapi masih belum berjaya buat sales, kan dah menjadi beban untuk mereka jika yuran tersebut semakin naik.

2. Di aweber, link url kita tidak mengikut username kita. Kalau kita promote link url kita, walau pun ada nama kita, tetapi bila orang lain klik, username kita akan hilang. Ramai yang register aweber melalui link saya, bila saya check, mereka bukan downline saya, tetapi downline kompani. Bila saya tanya manager mereka, mereka menjawab ini disebabkan orang tak delete cookies. Bila saya tanya apa nak buat, mereka suruh saya beritahu siapa yang dah join tapi tak bawah downline saya. Saya kata kalau sorang dua, bolehlah saya tahu, tapi kalau ramai, macamana saya nak tahu. Mereka menjawab itu adat perniagaan. Saya jawab itu bukan adat perniagaan. Itu menipu namanya, kita penat2 promote autoresponder mereka, tetapi hanya disebabkan ada sebahagian yang register tetapi terlupa nak delete cookies, dah terlepas kepada company. Bagi saya tak masuk akal dan tak menghargai penat lelah kita buat promosi untuk mereka.

3. Trafficwave, berapa ramai sekali pun subscriber, yurannya hanya $18 tak akan naik2 lagi.

3. Trafficwave, menggunakan matrik spillover 3x10, maknanya ada kemungkinan upline akan dapatkan downline untuk kita didalam program affiliate mereka. Syarat untuk layak dapat komisyen kita kena promote paling kurang seorang sahaja menyertai Trafficwave secara berbayar, bukan yang register free 30 hari. Maknanya Trafficewave bayar sampai 10 level, tapi aweber bayar hanya 1 level sahaja.

4. Di Trafficwave, kalau bawah kita dah penuh 3 orang, sama ada kita yang sponsor atau upline kita yang bagi secara automatik, maka kita boleh suruh TW ambil yuran bulanan sebanyak $18 dari komisyen kita tersebut, maka kita pakai TW Autoresponder sampai bila-bila secara percuma. Di aweber, walaupun komisyen tinggi, tapi mereka tetap potong dari kredit kad kita.

5. Di Trafficwave, (jika anda sudah menjadi pengguna berbayar, bukan yang free) jika ada orang join bawah anda secara berbayar terus, TW akan beri komisen 100% kepada anda, maknnya anda akan dapat terus $18 tersebut dan dibayar melalui cek dalam tempoh 2 minggu. Dan bonus ini dibayar setiap minggu. Maka tiap2 minggulah anda akan dapat upah, jika rajin mempromosikannya. Di Aweber tiada bonus mingguan.

6. Trafficwave ada bonus leadership, aweber tak ada.

Anda boleh ikuti Tutorial Trafficwave disini

TrafficWave.net Training Videos