Thursday, February 24, 2011

Apakah yang dikatakan PROGRAM AFFILIATE ?

Menurut kamus, perkataan Affiliate membawa maksud ; bergabung, bersekutu. Oleh itu, di dalam konteks perniagaan internet ini, program affiliate bolehlah disimpulkan sebagai; satu penggabungan usaha dan perkongsian keuntungan di antara dua pihak; iaitu pihak penjual (pemilik produk) dengan agen penjual (peserta affiliate) . Ada juga pihak yang mempermudahkan lagi definisi Affiliate itu sebagai rakan pemasaran.

Program Affiliate yang biasa dilihat adalah terbahagi kepada dua jenis; yang percuma, dan yang berbayar. 

Program affiliate percuma ini tidak mengenakan apa-apa syarat, melainkan mendaftarkan diri sebagai peserta sahaja. Mana kala yang berbayar pula, biasanya pihak penjual mensyaratkan kita membeli terlebih dahulu produknya sebelum menjadi agen affiliatenya. Ada juga syarikat yang melakukan kedua-duanya sekali ! Apa yang dimaksudkan ialah; walau pun pembelian bukanlah satu kemestian, namun peserta yang terlebih dahulu membeli 
produk, akan mendapat peratus komisen yang lebih besar berbanding dengan ahli yang mendaftar secara percuma!

Komisen jualan adalah ditentukan oleh pihak syarikat/penjual. Kebiasaannya untuk produk fizikal (barangan yang mempunyai bentuk, saiz & berat!) komisennya agak kecil. Ini adalah kerana pihak syarikat terpaksa menanggung kos pembuatan/pembelian dan juga kos penghantaran. Sementara untuk produk yang bukan fizikal (yang boleh dihantar secara muatturun sahaja), kadar komisennya agak tinggi dan lumayan. 
Ini kerana produk seumpama ini tidak memerlukan modal kewangan yang besar.

Sejarah Affiliate Marketing
Program affiliate telah dicipta oleh CDNow.com pada tahun 1994 dan kemudian dipelopori oleh Amazon.com pada tahun 1996.Pada mulanya ia dianggap sebagai program bersama atau program partner.

Apakah Affiliate Marketing?
Affiliate Marketing adalah cara yang popular bagi mempromosi bisnes secara online atau di internet.Affiliate akan mendapat pulangan daripada jualan yang dibuatnya.Affiliate Marketing merupakan industi yang sangat cepat berkembang di internet.

Kenapa Banyak Syarikat Menggunakan Affiliate Marketing?
Affiliate disukai kerana kosnya yang rendah dan merupakan salah satu cara menjana pendapatan melalui internet.Ada sesetengah syarikat mempunyai sektor yang bergantung sepenuhnya kepada affiliate marketing.

Berapakah Hasil Yang Kita Boleh Dapat Melalui Affiliate?
Sebenarnya tiada had pendapatan yang kita boleh perolehi daripada internet.Ada affiliate yang boleh mendatangkan 5 hingga 6 angka setiap tahun dan banyak super affiliate yang mempunyai trafik yang tetap dan mempunyai komisyen yang tinggi.


Semoga segala maklumat dan ilmu yang diperolehi  ini mampu memberikan banyak manfaat kepada anda, dan seterusnya membolehkan anda memulakan perniagaan Internet anda sendiri melalui Program Affiliate.

Untuk langkah pertama dan paling mudah, dapatkan e-book PERCUMA dari kami.

Download sekarang di sini!