Thursday, April 17, 2014

Google Adwords dalam bahasa Melayu bantu PKS

Google sasar tarik 50,000 PKS




KUALA LUMPUR - Platform pengiklanan dalam talian Google, AdWords, kini boleh didapati dalam bahasa Melayu bagi membantu perniagaan Malaysia, terutama perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

AdWords boleh diperolehi individu, perniagaan dan agensi yang membantu perniagaan berkembang dan mendapat pelanggan baharu dengan mengadakan iklan dalam talian.

Pengurus Google Malaysia, Sajith Sivanandan berkata, 60 peratus rakyat Malaysia menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utama.

"Malaysia mempunyai 700,000 PKS dan hanya 15 peratus daripada mereka beroperasi dalam talian.

"AdWords dalam bahasa Melayu mempunyai peranan penting dalam membantu perniagaan berkembang di kalangan penutur bahasa Melayu dalam talian," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Google AdWords dalam bahasa Melayu di sini hari ini.

Pengiklan boleh mengambil kesempatan daripada kata kunci yang sebahagian besar rakyat Malaysia guna kerana separuh daripada mereka memilih untuk menggunakan konten harian mereka secara dalam talian.

"Mereka boleh menyesuaikan iklan mereka berdasarkan bajet dengan pilihan kos bagi setiap klik. Tidak ada minimum penggunaan AdWords, pengguna akan menentukan jumlah yang mereka mahu bayar.

"Kos maksimum bagi setiap klik ialah 50 sen," katanya. - Bernama





No comments:

Post a Comment