Saturday, January 15, 2011

10 Cara Efektif Menarik Subscribers ke blog anda





Bagi blogger yang main adsense, adsniaga, nuffnag dan sebagainya subcriber merupakan petunjuk yang lebih penting berbanding petunjuk lain seperti ‘page view’ dan jumlah lawatan harian. Kenapa, sebab mereka inilah pembaca setia. Semakin ramai pembaca maka semakin baiklah.

Jadi bagaimana anda boleh menarik ramai pembaca menjadi subscriber anda? 

Ini ada 10 cara anda boleh amalkan.

1. Buat dengan jelas

Biar butang RSS anda atau subscribe melalui email dapat dilihat dengan jelas untuk memudahkan pembaca klik. Jangan letak di bawah sangat takut tak nampak.

2. Blog biar fokus

Biar blog anda ada fokus. Jangan membuat topik terlalu banyak sehingga. Pembaca ke blog kita dengan niat mencari maklumat tertentu. Jadi kalau tak ada pengkhususan mungkin pembaca hilang selera ke blog kita.

3. Bagi ‘rasuah’

Relex, buat rasuah yang boleh menyebabkan anda ditangkap. Berilah buku atau laporan percuma.

4. Guna viral ebooks

Kalau bagi ebook percuma jangan bagi ebook semata-mata, tulis dengan jelas didepannya bahawa anda bermurah hati mengizikan buku itu diedar sesuka hati dengan syarat isi kandungan dan sumbernya tidak diubah.

5. Buat landing page dalam blog

Kalau anda ada buat iklan adword atau banner, tujukan iklan tersebut ke page ini di blog anda. Dengan cara itu anda terus dapat subscriber.

6. Jadi guest blogger

Kalau ada peluang jadilah guest blogger. Dengan cara ini anda boleh dapat backlink ke blog anda secara percuma. Semalam saya telah menjemput motivator untuk motivasi pagi di tv3 yang keluar pada hari ahad lalu iaitu En Syahrul Nizam Junaini. Rasanya ramai juga warga WC nie yang kenal beliau sebab beliau beberapa kali ada bagi ceramah tentang FB marketing. Ini artikel beliau di blog saya.

7. Buat audio atau video

Dalam video tersebut beberapa tempat selingan anda terangkan apa kelebihan mereka kalau subscribe blog anda.

8. Post di forum

Tak payah banyak cakap anda sedang membaca contoh ‘live’.

9. Networking

Antara yang boleh dibuat juga ialah mengadakan networking di kalangan blogger. Semakin besar networking semakin baiklah.

10. Buat Cross-promotion

Anda tolong promote blog kawan, kawan anda tolong promote blog anda. Maka jadilah ia.

Ok itu dia 10 cara ringkas untuk meningkatkan subscriber blog anda. Banyak subscriber banyaklah ke’ching’ anda 

No comments:

Post a Comment